Sunday, 4 October 2020

KESAN COVID 19 TERHADAP IBADAT UMRAH DAN HAJI 2020

 Bismillah Walhamdulillah Thumma Alhamdulillah. Negara kita dikejutkan dengan penularan wabak COVID19 ke Malaysia yang asalnya dikatakan bermula di daerah WUHAN, China. COVID 19 tidak mengenal warna kulit, bangsa dan agama.Wabak COVID19 kini telah menular ke seluruh dunia dan ada negara mencatatkan jumlah kematian melebihi 100 000 orang. Innalillah. Ini menunjukkan gejala COVID19 ini tidak boleh dipandang ringan sepertimana pihak USA di bawah Donald Trumph yang pada mulanya tidak mengendahkan langkah-langlah ketat bagi membendung langkah ini . Akhirnya negara USA antara yang tertinggi mempunyai jumlah kematian dan pesakit COVID19. 

COVID19 yang melanda dunia termasuk Arab Saudi menyebabkan kerajaan Arab Saudi telah memberhentikan dan menutup ibadat umrah seketika yang menyebabkan suasan di Baitullah menjadi sunyi sepi. maka di kala itu ada masyarakat Islam kita mula menyebarkan spekulasi bahawa tanda-tanda kiamat dah hampir tiba. Setelah pihak Arab Saudi melakukan sanitasi pada seluruh kawasan Baitullah akhirnya Baitullah kembali dibuka bagi tujuan solat fardhu dan ibadah umrah tetapi terhad kepada masyarakat Arau Saudi sahaja dalam jumlah yang sangat kecil. Pada masa yang sama negara jiran iaitu Indonesia mula mengeluarkan arahan bahawa haji untuk rakyatnya pada tahun 2020 ditunda ke 2021. Tidak lama selepas itu negara Malaysia juga turut mengikut jejak yang sama.

Setelah proses sanisati ini berlalu maka pada bula Julai pihak Arab Saudi membenarkan ibadah Haji dilakukan namun bilangan tetamu Allah pada kali ini amatlah sedikit iaitu sekitar 20 000 orang yang terdiri dari insan-insan hebat yang Allah pilih. Mereka sangat beruntung kerana dapat melakukan ibadah haji dalam keadaan tenang, tidak perlu berebut untuk melontar batu dan pelbagai lagi. Mereka ini bukan sahaja terdiri dari masyarakat Arau Saudi tetapi juga ada sebilangan kecil rakyat negara lain yang bekerja sebagai Front liner di Arau Saudi turut terpilih. Alhamdulillah terdapat 6 atau 8 rakyat Malaysia terpilih untuk menunaikan haji ketika itu.

Namun bagi tetamu Allah yang telah mendapat surat tawaran haji, hasrat mereka pada tahun 2020 untuk menunaikan haji terpaksa dilupakan dan digantikan pada tahun 2021. Bagi kes rayuan walaupunmereka telah dapat surat panggilan Haji tetapi tawaran tersebut terbatal dan mereka perlu mohon semula pada tahun 2021.

Sesungguhnya COVID19 ini mempunyai 1001 hikmah yang Allah SWT tinggalkan kepada umat Islam agar berfikir dengan iman dan hati terbuka serta penuh kinsafan. Sekiranya kita melihat COVID19 ini dari sudut negatif maka 1001 hikmah itu cenderong kepada fakra-fakta dan andaian negatif TETAPI jika kita berfikiran positif maka 1001 hikmah itu memperlihatkan bahawa betapa Allah sayang kepada kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW di akhir zaman ini. Wassalam


 

No comments:

Post a Comment