Wednesday, 3 May 2017

PENGALAMAN UMRAH BERSAMA TABUNG HAJI TRAVEL 2017

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.

Tujuan blog ini dibangunkan adalah untuk menyediakan informasi terkini dan panduan bagi mereka yang ingin menunaikan umrah buat pertama kali di dalam hidup mereka. Blog ini juga dicipta adalah untuk memberi kefahaman yang tepat dan padat berkaitan UMRAH agar ibadah UMRAH menjadi berkualiti dan tidak sia-sia.

Diharapkan blog ini mampu memberi ilmu UMRAH yang bermanfaat untuk mereka yang melayarinya. Saya juga berdoa agar dijauhkan sifat riak, takkabur dan ujub melalui perkongsian ilmu saya yang tidak seberapa ini. Perkongsian yang saya nukilkan dalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman saya bersama isteri tercinta ketika menunaikan UMRAH pada 26 Mac hingga 05 April dengan menggunakan TH Travel Sdn Bhd.

Sesungguhnya UMRAH saya dan isteri adalah tidak dirancang sama sekali dan ketika Allah SWT detik kan jemputannya ke dalam isteri saya iaitu sebulan sebelum tarikh bertolak, kami bergegas ke TH Travel di Putrajaya dan Agensi Andalusia di Bandar Baharu Bangi. Alhamdulillah, ternyata Allah menjemput kami apabila terdapat 2 tiket yang masih kosong untuk pakej TOPAZ di TH Travel (pada awalnya dimaklumkan penuh, tetapi tuan Hj pegawai TH Travel berusaha dalam tempoh 3 hari untuk mendapatkan tiket untuk kami). Tanpa berlengah panjang, kami menguruskan segala dokumen dan bayaran bagi proses visa dan tiket serta lain-lain.

Adalah tidak pernah terlintas di hati saya untuk meraih populariti, sebaliknya saya ingin mencari Reda Allah dan BARAKAH daripada Allah.

Sesungguhnya yang baik itu di dalam blog ini adalah dari Allah SWT dan yang buruk  itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.

"WAKAF JIWA, BERKAT BERSAMA"

No comments:

Post a Comment