1. Bagi mereka yang pertama sekali ingin menunaikan Umrah, terdapat dua pilihan yang ada iaitu:
a. Menggunakan TH Travel & Services Sdn Bhd
b. Menggunakan TRavel Agency Swasta seperti :
i. ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD
ii. PLATINUM GESTURE TRAVEL & TOURSE SDN BHD
iii. UTAS TRAVEL & TOURS WORLDWIDE HOLIDAYS SDN BHD
iv. YHA TRAVEL & TOURS SDN BHD
v. Lain-lain Travel Agency
2. Membuat pertimbangan harga pakej dan perkhidmatan yang ditawarkan. Perkara yang perlu diambil kira adalah:
i. Jenis Kapal terbang (Yang terbaik adalah MAS & SAUDI ARABIA)
ii. Mendarat di Jeddah atau Madinah (masing-masing mempunyai kelebihan)
iii. Hotel yang ditawarkan semasa di Makkah (digalakkan untuk mencari hotel yang hanya 50m daripada Masjidil Haram)
iv. deposit bayaran (TH Travel hanya RM1000/jemaah berbanding Travel Agensi Swasta iaitu RM300 hingga RM4000/jemaah)
v. diskaun (kebiasaanya untuk kanak-kanak diskaun diberikan sebanyak 20% (RM500/kanak2) daripada harga dewasa jika menggunakan Penerbangan Saudi Arabia.
3. Menyediakan Surat Nikah (Yang dah berkahwin) dan surat beranak (anak-anak) yang telah disahkan oleh Pejabat Agama dan Wisma Putra di mana dokumen ini perlu diserahkan kepada Kementerian Luar Negeri Malaysia
(Bahagian Konsular)
Kompleks Wisma Putra
No 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62602 Putrajaya
4. Membuat bayaran penuh kepada pihak Travel Agency yang telah dipilih bersama
- Passport Antarabangsa yang masih berlaku selama 6 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 mukasurat kosong.
- Gambar untuk Visa Umrah 4 keping bersaiz 4 x 6cm. berlatarbelakang putih dan saiz muka 80% (Lelaki:Tidak bersongkok / Wanita: Bertudung)
- Buku/Surat suntikan meningitis ACYW135.
- Surat Nikah yang telah disahkan
- Surat beranak yang telah disahkan
5. Menghadiri kursus Umrah di masjid-masjid di mana kursus ini adalah percuma dan digalakkan hadir sekurang-kurangnya 2 kali (Kursus ini bermula jam 9am-1pm sahaja)
6. Membuat suntikan Meningitis di mana suntikan ini wajib bagi semua jemaah termasuk kanak-kanak (dikecualikan jika ada surat doktor) di mana suntikan ini jika diambil di sekitar tempat kursus Umrah iaitu masjid kos adalah murah iaitu RM135 sahaja berbanding ditempat lain yang boleh mencecah RM190.
7. Membeli barang-barang keperluan (sila minta senarai barang yang perlu dibawa daripada travel agen)
8. Melakukan aktiviti senaman secara berkala kerana masa untuk:
i. tawaf 40 minit -7 pusingan
ii. saie (bukit sofa ke bukit marwah ) 1 jam - 4 kali sofa ke warwah dan 3 kali marwah ke sofa
iii. tahalul 10 minit- gunting rambut-minimum 3 helai tetapi saya sarankan gunting sampai botak bagi lelaki kerana ikut sunnah serta rambut yang digunting ini akan bercahaya di hari akhirat nanti.
PESANAN;
ELAKKAN MASA BANYAK DIHABISKAN DI DALAM HOTEL ATAU MEMBELI BELAH SEBALIKNYA MASA BANYAK DIPERUNTUKKAN DI DALAM MASJIDIL HARAM ATAU MASJIDIL NABAWI.
Moga nukilan ku yang sedikit ini memberi pencerahan kepada bakal-bakal jemaah UMRAH. wassalam
Assalam-O-Alaikum
ReplyDeleteGet the benefit of Cheap Umrah Packages this year with Al Hijaz Tours and make your journey the most tremendous and comfortable.