Wednesday 10 May 2017

13 PANTANG LARANG KETIKA BERIHRAM SEMASA MENUNAIKAN UMRAH

Pantang larang ketika berihram ialah perkara-perkara yang perlu jemaah elakkan ketika sudah berniat Ihram dan memakai pakaian Ihram di mana larangan Ihram ini akan berakhir apabila telah selesai rukun SAIE iaitu dengan cara memotong sedikit rambut ataupun dipanggil TAHALLUL. Potong rambut ini adalah digalakkan untuk botak keseluruhan kepala dengan cara cukur di kedai gunting (10 Riyal sahaja) ataupun boleh menggunting sedikit  rambut di bukit Marwah apabila telah selesai SAIE.  TAHALUL ini wajib dilakukan sama ada perempuan atau lelaki. Berikut 13 larangan semasa berihram :

1. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki seperti memakai kupiah, songkok, serban, topi dan sebagainya
2. Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya bagi lelaki, seperti seluar, baju, kain pelekat, sarung kaki dan semua jenis pakaian berjahit yang dijadikan sebagai sarung.
3. Menutup muka bagi perempuan
4. Memakai sarung tangan
5. Memakai bau-bauan sama ada di badan atau pakaian dan menyedutnya ke dalam hidung
6. Memakai minyak rambut di kepala atau janggut dan semua bulu muka
7. Menanggalkan rambut atau menghilangkan  bulu pada anggota badan dengan sengaja
8. Mengerat atau memotong kuku kaki atau kuku tangan, walaupun sebahagian sahaja daripadanya,
9. Memotong, menebang atau mencabut pokok di Tanah Haram.
10. Memburu atau menolong memburu binatang daratan yang halal dimakan atau membinasakannya, sama ada dengan cara membunuh, memukul, menjerat atau menangkap atau dengan apa cara yang menyakiti binatang-binatang itu, malah memeranjatkan atau mengejutkan binatang itu pun haram hukumnya,
11. Melakukan persetubuhan atau berjima’ dengan pasangan
12. Melakukan perkara-perkara ransangan untuk bersetubuh boleh yang menaikkan nafsu syahwat
13. Berkahwin atau mengahwinkan (menjadi wali, wakil wali) atau menerima wakil kahwin

1 comment: