Monday 8 May 2017

Penginapan Semasa UMRAH

Terdapat banyak pakej penginapan yang disediakan oleh pihak agensi travel di mana harga ini tertakluk kepada jarak hotel dengan Masjidil Haram dan bilangan orang yang menginap dalam sesebuah bilik. Jenis hotel adalah bergantung kepada jarak hotel dengan Masjdil Haram seperti:

i. jarak 50m daripada Masjidil Haram
ii. jarak 80m daripada Masjidil Haram
iii. jarak 150m daripada Masjdil Haram
iv. jarak 300m daripada Masjidil Haram
v. jarak 650m daripada  Masjidil Haram
vi. jarak 800m daripada  Masjidil Haram
vi. Lebih 950m dan ke atas daripada Masjidil Haram

 Gambar sebelah kanan menunjukkan pintu masuk Hotel Movenpick berhampiran Masjidil Haram, Mekah.

Semakin dekat jarak hotel dengan Masjidil Haram maka semakin mahal harga pakej UMRAH tersebut. Begitu juga semakin sedikit tetamu yang tinggal dalam bilik hotel semakin tinggi harga pakej tersebut. Kebiasaanya pakej jarak hotel ke Masjidil Haram hanya 50m dan bilik hanya dihuni oleh 2 orang sahaja merupakan pakej yang mahal dan amat selesa.

Bangunan Hajar Towel 



Antara hotel yang terletak 50m daripada Masjdil Haram adalah Movenpick di mana keluar sahaja daripada bangunan ini iaitu Bangunan Hajar atau Hajar Tower (yang ada tulisan Allah) terus berada di kawasan perkarangan Masjidil Haram. Di dalam Bangunan Hajar ini terdapat lagi beberapa hotel lain yang boleh di diami.

Bilik Hotel di Movenpick Mekah

Berbeza di Madinah pula, semua jemaah akan ditempatkan di hotel2 yang dekat dengan Masjidil Nabawi. Kebanyakkan hotel di Masjidil Nabawi terletak di sekeliling Masjid Nabawi di mana di bawah hotel2 tersebut terdapat pusat membeli belah dan restoran ala Arab.


 Hotel Movenpick berhampiran pintu masuk no 15 Masjidil Nabawi
Suasana Bilik Hotel Movenpick di Madinah




5 comments:

  1. terima kasih syekh .... ilmu yang sangat berguna.....jarak hotel tu km atau meter

    ReplyDelete
  2. Meter...ana silap....jap nak tukaq

    ReplyDelete
  3. Ada tak urusan rawatan dialsis disediakan

    ReplyDelete
  4. kurang pasti. setahu saya tidak ada sebab kebiassanya mereka yang menghadapi masalah kesihatan perlu dapat pengesahan doktor dahulu tentang status sesuatu penyakit untuk mengelak kejadian yang tidak diduga. mungkin boleh double check dengan pihak LTH untuk kepastian. wassalam

    ReplyDelete