Thursday 4 May 2017

Penerbangan UMRAH KLIA - Jeddah @ KLIA -Madinah

Penerbangan bagi Umrah dapat diklasifikasikan kepada dua iaitu penerbangan KLIA ke Jeddah  ataupun penerbangan KLIA ke Madinah. Kebiasaanya masa yang diambil bagi penerbangan ini antara 8-9 jam.

Para jemaah akan di minta untuk datang awal ke KLIA (jam 8.30 wajib ada di KLIA) bahagian aras 5 bagi urusan taklimat, urusan dokumentasi imegresen dan check in bagasi.

Kebiasaanya penerbangan KLIA ke Jeddah atau Madinah dapat dikategorikan kepada empat iaitu:
a. Penerbangan Malaysia Airline
b. Penerbangan Saudi Airline
c. Penerbangan Air Asia
d. Penerbangan lain-lain

Sekiranya penerbangan mendarat di lapangan terbang Jeddah, maka para jemaah akan dibawa menaiki bas selama hampir 30 minit menuju ke hotel dan terus melakukam tawaf.

 1. Baru sahaja tiba di lapangan terbang Madinah (airport lama) dan perlu menaiki bas khas untuk dibawa ke tempat imegresen Arab Saudi bagi urusan pasport dan visa.


 2. Setelah selesai urusan pasport, semua jemaah kena tunggu bagasi dan ambil sendiri beg mereka.

3. Sedang berada dalam bas sambil menunggu jemaah lain.
Namun sekirangan penerbangan mendarat di lapangan terbang Madinah, maka para jemaah akan menaiki bas yang disediakan untuk menuju ke Mekah dalam masa 4-6 jam bagi melakukan tawaf. Ini bagi jemaah yang memilih untuk melakukan tawaf dahulu sebelum melakukan ziarah.

Terdapat juga pakej yang dipilih oleh jemaah untuk melakukan ziarah Madinah dahulu berbanding tawaf. Ini bererti jemaah tersebut akan berada dahulu di Madinah lebih kurang 3-5 hari bagi melakukan ibadah di Masjidil Nabawi serta melakukan ziarah dalam dan luar Madinah. Setelah selesai barulah mereka akan bergerak ke Mekah bagi melakukan tawaf.

Perkongsian yang ingin diwar-warkan di sini ialah, sekiranya jemaah pulang ke Malaysia melalui lapangan terbang di Jeddah, maka adalah sukar untuk membawa air zam-zam pulang ke tanah air kerana had yang dibenarkan adalah 10 kg sahaja.

Gambar 6 dan 7 : Wajah ceria dan bersyukur ketika berada di Lapangan Terbang Raja Muhammad b. Abd Aziz yang baharu di Madinah setelah selesai mengerjakan UMRAH  bersama isteri tersayang. Aamin.



 Tetapi sekiranya jemaah pulang ke Malaysia dengan menggunakan lapangan terbang baharu di Madinah, maka para jemaah boleh membawa balik air zam-zam lebih daripada 10 kg (isi air zam-zam dalam botol mineral dan letakkan dalam beg bagasi).
Gambar 8:  Lapangan terbang Madinah baharu yang siap beroperasi dan masih dalam proses pengubahsuai.




Wassalam. "waqaf jiwa"

2 comments: