Saturday 13 May 2017

PERHATIAN UNTUK JEMAAH WANITA KETIKA UMRAH

Berikut disenaraikan perkara-perkara yang perlu jemaah wanita ambil maklum agar tidak tersesat dan dapat merancang untuk melakukan ibadah dengan teliti dan berkualiti:

1. Jemaah wanita akan disuruh keluar daripada kedudukan yang hampir dengan Baitullah apabila jam hampir atau tepat jam 4 pagi
2. Jemaah wanita hanya dibenarkan duduk di belakang kon atau penghadang yang berwarna hijau.
3. Jemaah wanita tidak dibenarkan solat berjemaah dengan duduk bersama2 dengan jemaah lelaki. Mereka boleh solat jemaah tetapi di belakang saf2 jemaah lelaki.
4. Wanita akan disuruh keluar ke tempat khas untuk bahagian wanita apabila azan subuh pertama berkumandang. (azan subuh di Masjidil Haram akan berkumandang 2 kali)
5. Setiap kali memasuki pintu2 Masjidil Haram, setiap beg akan diperiksa oleh polis wanita
6. Elak memakai selipar yang mahal dan berjenama kerana keberangkalian hilang sangat tinggi (kes benar)
7. Elak membawa tumbler (bekas minum air yang terlampau besar) yang besar kerana ia akan diperiksa dan dihalang memasuki Masjidil Haram
8. Elak menderma secara terbuka kerana ia akan menyebabkan jemaah akan diserbu oleh peminta-peminta sedekah
9. Duit Ringgit Malaysia boleh dibawa dalam bentuk nilai kecil seperti RM1 dan RM5 untuk disedekahkan kerana ia diterima di sana
10. Jemaah yang ingin memasuki Raudhah secara mudah perlu berada di Masjidil Nabawi bermula subuh kerana RAUDHAH akan dibuka untuk wanita 3 waktu sahaja dan waktu yang disarankan adalah  pada jam 7pagi hingga 11 pagi. Disarankan memakai jubah hitam agar tidak dapat membezakan kumpulan Asia dan Timur tengah
11. Bersembahnyang sehingga menitis air mata amat2 digalakkan
12. Elak daripada berniat membeli belah berbanding menunaikan UMRAH dengan sempurna dan berkualiti
13. Cuba membantu sesiapa yang memerlukan bantuan
14. Jubah di Mekah lebih murah dan berkualiti daripada Madinah
15. Buah tamar di ladang tamar lebih mahal daripada tempat lain tetapi sangat sedap dan berkualiti tinggi








No comments:

Post a Comment