Saturday 13 May 2017

SOLAT JENAZAH SELEPAS TUNAI SOLAT FARDHU DI MASJID AL-HARAM DAN MASJID NABAWI

Sesungguhnya terdapat banyak keistimewaan yang terdapat di tanah al-HARAMAIN antaranya selepas menunaikan solat-solat fardhu sama ada di Masjidil Haram atau di Masjidil Nabawi, para jemaah akan terus solat jenazah kerana boleh dikatakan hampir 99% setiap hari ada kematian di tanah al-HARAMAIN. Beruntunglah mereka yang telah dipilih oleh Allah SWT untuk meninggal dan dikebumikan di sana.

Mungkin jemaah yang baharu pertama kali datang UMRAH akan terpinga2 kerana selepas sahaja solat fardhu iman Masjid akan bangun dan melakukan solat empat takbir tanpa rukuk, sujud, iktidal, duduk tahayat awal dan akhir, tiba2 terus memberi salam. Itu lah sembahyang jenazah.

sesungguhnya barang siapa yang menyembanhyang jenazah saudara seagamanya pahalanya adalah sebesar BUKIT UHUD. Cuba bayangkan pahala yang Allah kurniakan kepada kita pahala sebesar BUKIT UHUD. Alllahuraabi. Jadi apa lagi yang kita tunggu. rebutlah peluang ini. sekiranya kita setiap waktu selepas solat fardhu dapat menyempurnakan pula sembanyang JENAZAH, berapa banyak pahala yang kita dapat? bayangkanlah pahala kita berbukit2 UHUD Allah kurniakan kepada kita untuk dibawa ke padang mashsyar nanti. Ayuh jangan leka.

Bulatkan nekad dan iltizam untuk terus istiqamah untuk melakukan semaksima mungkin pahala ketika UMRAH termasuk sembahyang JENAZAH. Selamat beramal.
Sesiapa yang dipilih Allah meninggal di Madinah, maka mereka akan dikebumikan di perkuburan BAQI seperti gambar di atas'. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment