Sunday, 4 October 2020

KESAN COVID 19 TERHADAP IBADAT UMRAH DAN HAJI 2020

 Bismillah Walhamdulillah Thumma Alhamdulillah. Negara kita dikejutkan dengan penularan wabak COVID19 ke Malaysia yang asalnya dikatakan bermula di daerah WUHAN, China. COVID 19 tidak mengenal warna kulit, bangsa dan agama.Wabak COVID19 kini telah menular ke seluruh dunia dan ada negara mencatatkan jumlah kematian melebihi 100 000 orang. Innalillah. Ini menunjukkan gejala COVID19 ini tidak boleh dipandang ringan sepertimana pihak USA di bawah Donald Trumph yang pada mulanya tidak mengendahkan langkah-langlah ketat bagi membendung langkah ini . Akhirnya negara USA antara yang tertinggi mempunyai jumlah kematian dan pesakit COVID19. 

COVID19 yang melanda dunia termasuk Arab Saudi menyebabkan kerajaan Arab Saudi telah memberhentikan dan menutup ibadat umrah seketika yang menyebabkan suasan di Baitullah menjadi sunyi sepi. maka di kala itu ada masyarakat Islam kita mula menyebarkan spekulasi bahawa tanda-tanda kiamat dah hampir tiba. Setelah pihak Arab Saudi melakukan sanitasi pada seluruh kawasan Baitullah akhirnya Baitullah kembali dibuka bagi tujuan solat fardhu dan ibadah umrah tetapi terhad kepada masyarakat Arau Saudi sahaja dalam jumlah yang sangat kecil. Pada masa yang sama negara jiran iaitu Indonesia mula mengeluarkan arahan bahawa haji untuk rakyatnya pada tahun 2020 ditunda ke 2021. Tidak lama selepas itu negara Malaysia juga turut mengikut jejak yang sama.

Setelah proses sanisati ini berlalu maka pada bula Julai pihak Arab Saudi membenarkan ibadah Haji dilakukan namun bilangan tetamu Allah pada kali ini amatlah sedikit iaitu sekitar 20 000 orang yang terdiri dari insan-insan hebat yang Allah pilih. Mereka sangat beruntung kerana dapat melakukan ibadah haji dalam keadaan tenang, tidak perlu berebut untuk melontar batu dan pelbagai lagi. Mereka ini bukan sahaja terdiri dari masyarakat Arau Saudi tetapi juga ada sebilangan kecil rakyat negara lain yang bekerja sebagai Front liner di Arau Saudi turut terpilih. Alhamdulillah terdapat 6 atau 8 rakyat Malaysia terpilih untuk menunaikan haji ketika itu.

Namun bagi tetamu Allah yang telah mendapat surat tawaran haji, hasrat mereka pada tahun 2020 untuk menunaikan haji terpaksa dilupakan dan digantikan pada tahun 2021. Bagi kes rayuan walaupunmereka telah dapat surat panggilan Haji tetapi tawaran tersebut terbatal dan mereka perlu mohon semula pada tahun 2021.

Sesungguhnya COVID19 ini mempunyai 1001 hikmah yang Allah SWT tinggalkan kepada umat Islam agar berfikir dengan iman dan hati terbuka serta penuh kinsafan. Sekiranya kita melihat COVID19 ini dari sudut negatif maka 1001 hikmah itu cenderong kepada fakra-fakta dan andaian negatif TETAPI jika kita berfikiran positif maka 1001 hikmah itu memperlihatkan bahawa betapa Allah sayang kepada kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW di akhir zaman ini. Wassalam


 

Friday, 5 July 2019

STESEN MINYAK DI MEKAH

Suasana di sebuah setesen minyak ketika saya ingin pergi melawat ternakan unta.

Minyak yang bernormbor 91 lebih makal berbanding no 95 kerana minyak yang bernombor 91 lebih berkualiti dan jimat.

VIDEO SUASANA PERKUBURAN BAQI DI WAKTU PAGI SESUDAH SUBUH

Bismillah. Al-Fatihah Untuk mereka yang telah meninggal dan dikebumikan di perkuburan Baqi.
Berikut merupakan video pendek suasana perkuburan Baqi untuk rujukan apabila berpeluang melakukan hijrah nanti. InsyaAllah



Friday, 14 July 2017

Menara Jam Di hadapan Pintu Masuk 21 Masjid Nabawi


Menara Jam yang terletak di hadapan pintu masuk No 21 Masjid Nabawi

Tempat yang menjadi lokasi burung merpati menjamu selera dengan bijian yang bertaburan di atas jalan (kena beli makanan ni sebab ada orang jual)


Menara Jam yang menjadi tumpuan jemaah kerana pandangan yang menarik khususnya waktu pagi dan petang


Thursday, 25 May 2017

MINUM SUSU UNTA DI LADANG UNTA KETIKA UMRAH 2017

 Tahun 2017 menyaksikan sukar untuk mencari ladang unta yang menjual susu segar.  Ini kerana kebanyakkan mutawwif enggan pergi ke ladang unta kerana kerajaan arab Sausi telah melarang para jemaah daripada pergi dan minum susu unta segar di ladang di kuatiri terkena jangkitan kuman yang sangat merbahaya dan bolehmembawa kematian.

Alhamdulillah, aku berusaha juga untuk pergi ke ladang unta untuk mendapatkan susu unta untuk isteriku dan juga diriku kerana ia merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW. Walaupun perit dan bermacam dugaan berlaku dalam perjalanan, akhirnya Allah menemukan juga dengan ladang unta ini.

Mutawwif daripada Indonesia sedang melihat unta-unta di ladang


Ini merupakan ladang unta yang dimiliki oleh seorang Arab yang tinggal di kawasan ini di mana ladang ini terletak agak ke dalam sikit dari jalan biasa
Ini merupakan ladang unta yang bersih dan terdapat basin yang dijadikan alat untuk menadah susu unta segar

Tuan punya ladang unta sedang memasukkan susu unta segar yang baru diperah ke dalam botol yang kami sediakan kerana mereka tidak menyediakan akan menyediakan botol dan harga susu ini 15 Riyal

Sebelah kiri  adalah driver teksi yang berasal daripada Pakistan manakala sebelah kanan adalah Mutawwif Tabung Haji

Ini adalah bekas tadahan susu unta yang dimasukkan dalam botol mineral dan masih berbuih. Susu unta sangat enak, lemak dan panas serta sedap berbanding susu kambing atau lembu.

suasana hampir malam ketika kami sedang balik ke hotel

ZIARAH MEKAH-UMRAH 2017

Jabal Rahmah merupakan bukit yang agak landai dan tidak tinggi di mana ia menjadi sejarah pertemuan Nabi Adam dan Hawa
Ini merupakan monumen yang terletak di atas Jabal Rahmah di mana kebanyakkan jemaah menulis nama mereka dan pasangan mereka.Namun kita tidak digalakkan berbuat demikian dan memadai dengan hanya berdoa di kawasan ini di mana doa di kawasan ini antara yang paling mustajab (Insha Allah)

Pandagan dari atas Jabal Rahmah dapat melihat rumah-rumah dan kawasan di sekitar padang Arafah.


Ini merupakan pintu masuk lelaki ke Masjid Quba di mana setiap jemaah yang ingin mendapatkan ganjaran istimewa perlu mengambil wuduk sebelum bertolak ke masjid Quba dan apabila sampai terus solat sunat di dalam masjid ini.
Pandangan dalam di Masjid Quba

Sembahyang di dalam masjid ini agak teratur kerana tidak ada perebutan tempat solat.


Pintu masujk utama Masjid Quba
Ini merupakan masjid Shamsy Hudaibiyyah di mana ini merupakan salah satu Miqat untuk melakukan umrah


Ini merupakan tanah landai yang menjadi tempat peperangan UHUD di mana pejuang Islam telah diserang balas oleh tentera Kafir Quraisy yang akhirnya menyebabkan 70 orang tentera Islam Syahid termasuk Saidina Hamzah RA. Di dalamnya masih terdapat perkuburan yang masih kelihatan.

Pagar yang menjadi benteng bagi para jemaah melihat sejarah perang UHUD di dalam kawasan ini


Bas yang membawa kami melawat sekitar Mekah



Tuesday, 16 May 2017

TAWAF WADA' & ZIARAH WADA'


Tawaf Wada' iailah tawaf Selamat Tinggal kerana memuliakan dan menghormati Baitullah di Mekah bagi mereka yang hendak meninggalkan Mekah 2 marhalah atau 91 kilometer atau lebih walaupun buat sementara waktu.

Setiap jemah UMRAH yang ingin meninggalkan Mekah lebih 91 kilOmeter WAJIB menunaikan Tawaf Wada'.

Pelaksanaan Tawaf Wada' adalah seperti berikut:
a. berwuduk dan pergi tawaf Wada' dalam tempoh 2 hingga 3 jam sebelum bertolak meninggalkan hotel dan mekah
b. tidak perlu pakai ihram semasa tawaf
c. tidak perlu pergi Miqat untuk niat tawaf
d. Berniat tawaf Wada bagi setiap 7 pusingan di penjuru hajarul Aswad
e. Tidak perlu Saie


  Pesanan: Apabila sudah melakukan Tawaf Wada', para jemaah perlu terus balik ke hotel, kemas barang dan terus bertolak. JANGAN MELEPAK2 di dalam hotel selepas menunaikan Tawaf Wada'. Perlu meninggalkan hotel dan Mekah denga kadar segera dan bukan berniat menangguh atau melambat-lambatkan sesuatu perkara sehingga tertangguh atau terlewat meninggalkan Mekah.

Setiap jemaaah UMRAH yang ingin meninggalkan Madinah di SUNATKAN berziarah SELAMAT TINGGAL kepada Rasulullah SAW sebagai menghormati Baginda.

Cara melakukan Ziarah Wada' ialah dengan memasuki Masjidin Nabawi dan melalui makam Rasulullah dan memberi salam kepada baginda dan membaca doa ziarah Selamat Tinggal ataupun

Jemaah UMRAH memberi salam kepada baginda di mana2 kawasan dalam masjid Nabawi dan berdoa ataupun

Jemaah tidak perlu memasuki masjid Nabawi tetapi memadai dengan memberi salam kepada Rasulullah SAW dan berdoa dari luar masjid Nabawi ataupun

Jemaah hanya perlu berada di luar masjid Nabawi yang terletak betul-betul berhadapan dengan Kubah Masjidin Nabawi yang berwarna hijau.

Bagi jemaah yang datang haid dan nifas, mereka hanya perlu membuat ziarah Waada' dengan mengucapkan salam dan doa dari tempat-tempat yang berhampiran di luar masjid dengan Makan RasulullahSAW.

Sunday, 14 May 2017

SAIE BUKIT SAFA KE BUKIT MARWAH


Ini adalah jalan utama ke bukit Safa melalui kawasan Baitullah
Ini adalah permulaan terowong untuk melakukan Saie

Ini adalah Bukit Safa yang telah dipasang cermin sebagai penghadang di mana para jemaah hanya boleh melihat dari cermin sahaja berbanding tahun2 sebelum ini para jemaah boleh panjat bukit tersebut
Ini adalah Bukit Marwah di mana para jemaah boleh melihat, duduk, baring, bersila dan sebagainya kerana ia tidak dihadang oleh cermin kaca
Ini adalah suasana ketika  ingin minum air zam-zam di pertengahan terowong Saie dan rambut pada ketika ini telah dibotakkan (tahallul) pada Umrah 1 kerana ini merupakan Saie ke2 bagi Umrah ke2






MEMBELI BELAH DI MEKAH DAN MADINAH

Di tengah-tengah bangunan Hajar Tower yang menempatkan tempat membeli belah yang besar dan pelbagai aneka barang dan makanan serta berhampiran 50 meter dengan Masjdil Haram
Suasana Dalaman Bangunan Hajar Tower




Tempat membeli belah barangan dan jubah yang besar terletak dibawah hotel Movenpick Madinah



Pasarang borong yang terletak berhampiran dengan Bukit UHUD yg menjual buah tamar, herba, pakaian, coklat yang sangat murah berbanding di bandar,


Saturday, 13 May 2017

PERHATIAN UNTUK JEMAAH WANITA KETIKA UMRAH

Berikut disenaraikan perkara-perkara yang perlu jemaah wanita ambil maklum agar tidak tersesat dan dapat merancang untuk melakukan ibadah dengan teliti dan berkualiti:

1. Jemaah wanita akan disuruh keluar daripada kedudukan yang hampir dengan Baitullah apabila jam hampir atau tepat jam 4 pagi
2. Jemaah wanita hanya dibenarkan duduk di belakang kon atau penghadang yang berwarna hijau.
3. Jemaah wanita tidak dibenarkan solat berjemaah dengan duduk bersama2 dengan jemaah lelaki. Mereka boleh solat jemaah tetapi di belakang saf2 jemaah lelaki.
4. Wanita akan disuruh keluar ke tempat khas untuk bahagian wanita apabila azan subuh pertama berkumandang. (azan subuh di Masjidil Haram akan berkumandang 2 kali)
5. Setiap kali memasuki pintu2 Masjidil Haram, setiap beg akan diperiksa oleh polis wanita
6. Elak memakai selipar yang mahal dan berjenama kerana keberangkalian hilang sangat tinggi (kes benar)
7. Elak membawa tumbler (bekas minum air yang terlampau besar) yang besar kerana ia akan diperiksa dan dihalang memasuki Masjidil Haram
8. Elak menderma secara terbuka kerana ia akan menyebabkan jemaah akan diserbu oleh peminta-peminta sedekah
9. Duit Ringgit Malaysia boleh dibawa dalam bentuk nilai kecil seperti RM1 dan RM5 untuk disedekahkan kerana ia diterima di sana
10. Jemaah yang ingin memasuki Raudhah secara mudah perlu berada di Masjidil Nabawi bermula subuh kerana RAUDHAH akan dibuka untuk wanita 3 waktu sahaja dan waktu yang disarankan adalah  pada jam 7pagi hingga 11 pagi. Disarankan memakai jubah hitam agar tidak dapat membezakan kumpulan Asia dan Timur tengah
11. Bersembahnyang sehingga menitis air mata amat2 digalakkan
12. Elak daripada berniat membeli belah berbanding menunaikan UMRAH dengan sempurna dan berkualiti
13. Cuba membantu sesiapa yang memerlukan bantuan
14. Jubah di Mekah lebih murah dan berkualiti daripada Madinah
15. Buah tamar di ladang tamar lebih mahal daripada tempat lain tetapi sangat sedap dan berkualiti tinggi